jOm MeLaLak!!
Wednesday, June 24, 2009
hehe..
tadi kate nak sambung keje..
memang tengah buat keje pon ni..
tapi aku xleh elak nak masuk kan entri ni la..
aku dongar radio era on9 nih..
dengar iklan diorang budak2 AF ni yang voice over..
sori ar korang budak AF..
korang xde buat dosa ngan aku..
tapi aku xtau nape..
tiap kali aku dengar iklan korang ni..rasa cam tegelak je eden..
punya la bunyik cam orang baca skrip..
bukan la aku kate aku buat lagi bek..
tapi ilmu dah bagi dah dulu..
asal outcome dia macam iklan budak2 darjah 1..
budak darjah satu pon lagi bagus kot..
ilmu dapat dari Tiara maa..
bukan calang2 bakat tuh..
adeh..adeh..
golak den dongar..
e keh keh keh...
sungguh xbebakat bunyik..
kejap aku kat sana..kejap aku kat cni..
cm biskut aku rasa..
skang aku nak curik masa skit nak cite pasal ade sorang makhluk tuhan tuh..
janji pasni aku sambung keje balik
kuikui
neway..
aku sebenarnye nak kaborkan pasal ade sorang makhluk tuhan kat tempat keje aku ni..
aku cite ni pon sebab aku sendiri pon dah penah kene ngan dia..
kalo aku xkene lagi..
memang aku xbunyik..
tapi sobab aku sendiri witnessed pe-el dia nih..
maka aku rasa boleh la aku cite pakai buat teladan..
bukan pakai buat bz body hal manusia lain ek..
no no no..
neway lagi..
masa ku tengah sebok2 anta barang dari satu tempat ke tempat ni..
secara xsengaje aku tesempak la ngan si dia nih..
tengah jalan ngan ada sorang budak baru je melapor masuk sometime minggu lepas arituh..
jalan ngan orang baru tu bukan la satu mende yang mengejut kan kan??
tapi yang mengejutkan bile sume2 orang yang baru masuk..
memang si dia ni akan tangkap bagi masuk dalam cengkaman dia dulu..
Si dia ni..aku gelarkan sebagai M la ek..(bukan nama sebenar..heheh)
pantang ade orang baru masuk..xkesah la unit mane pon..
memang dia akan tarik..
kira jadi pemandu pelancong xbegaji la konon2nye..
tunjuk sana..tunjuk cni..
bek hati..sampai belanja makan sume..
tu memang bek ati..aku suke orang camni..
blanje2 orang sume..wahwahwah..
tapi yang xberapa nak bek hati tuh..
dalam bek2 tuh..dia akan becite pasal buruk orang..
habis sume cite sape2 kat tempat aku ni dia bongkar..
yang buruk2 je plak tuh..yang bek2 langsung xkuar..
betul..aku tak buat cite..
memang si M ni ade pangai camtu..
tengok dari muka memang xde upe camtuh..
aku brani cakap sebab macam aku cakap tadi..aku penah dok kat tempat diorang yang baru ni sume..
meh aku kesahkan alkisah cite aku..
masa aku mula2 masuk cni dulu..
meja aku sbelah ngan meja si M ni la..
mula2 aku xtau pangai dia camtu..
dia blanje aku makan, kadang2 masak bekal lagi tuh bagi kat aku..
betul..
dah la masa aku kat cni dulu kete pon tarak..
dia la yang toling bawak sana cni..
tapi dalam diam2 tu banyak cite orang dia cite..
orang camni cmni kuar cite dia..
orang cmtu..camtu kuar cite dia..
sume yang buruk2..
sampai dalam luar sume kuar..
(xyah la aku cite ape cite dia..same je taraf aku ngan dia kang..)
kadang2 cite dia tu sampai buat gado orang lain..
aku penah tengok orang begado sbb cite dia..
tapi gado mulut je la..
bile lama2 aku dah tau pangai dia camne..mula la aku jauh dari dia..
cun pulak aku dapat opis len..
lagi la jauh..
skang langsung aku xbecakap ngan dia sangat..
kalau 1 dia tanya..satu la aku cakap..
aku pulak skang memang jenis cite ko cite ko..
cite aku cite aku..
xla aku layan sangat dia dah..
asal keje aku jalan..
baru2 ni baru aku dapat tau dari orang kat area opis dia gak la yang buat cite..
si M ni sebok cite pasal aku lak..
cite ape aku pon xbrape nak pasti..
yang aku tau..
dia ade sebut aku sombong la..kacang lupe kulit la..
adeh..
malas aku nak layan..
kalo pasal sbb dia bawak makan sume tuhh..
takpela..
xde aku ngidam sangat pon..
dah name rezki..buat ape nak tolak..
ko bagi aku makan la..
tapi kadang2 ko bagi pon aku bawak balik umah..bukan aku makan pon..
so sukati aku lah..
n aku nampak pon skang orang2 len yang dalam cengkaman dia dulu pon..
sume dah jauh dah dari dia..
kalau ade yang masih melekat tu..tu pon pasal diorang ni pon suke nyebok hal orang..
sian2 orang cmni..
blum nak betamadun lagi penye..
tapi aku rasa orang camni memang xpatut dibuat kawan pon..
so aku xrasa besalah xkawan ngan dia pon..
sume orang baru yang masuk..
sume dapat layanan yang sama macam aku mule2 dulu..
bile dah stat jauh kuar cite bukan2..
patut ke buat kawan orang cmni?
lagi bagus punye soklan..
Orang Camni Pon Ade Ke??

Tuesday, June 23, 2009
Lama dah aku nunggu2 cite "Dunia Baru" ni..
xkan xde lagi kot..
rase2 last year xde pon season baru dia..
xkan dah abis kot..
best gegiler cite dia..
cite paling gempak..
ranking 1 aku bagi..
sume cam selamber je belakon..
cam memang student2 je memasing2..
watak paling cam besh gitu..watak madihah..
huh..dengan ke'sengal'annya..
kalo dia sebut sengal je dah cukup dah buat aku gelak..
memang word dia la tuh..
sesssssuai ngan dia..
si tajul ngan cara mau bikin duit..
tapi memang ade kat U orang camnih..
'Young Trump' orang panggil..ekekeke
huhu..memang bussiness minded..
Opie...
aku rasa aku start suke ngan elyana sebab cite ni la kot
baru aku nampak bakat dia..
memang kene siut..
len2 pon..best gak la
sume2 cam besh lah..huahua
alahai..
mane dia..mane?
huhu
aku merinduimu..
ting tong...
p/s: sengaja pakai buang masa je entri nih..huahua
Ever Wondered..
wut actually Goes Thru A Child's Mind
Especially those yang umur 1-2 tahun..
macamane otak dia proses ape yang kite explain kat dia..ape yang diajar..
ape yang dia nampak..
ape yang dia dengar..
huhu..
tiap2 ari aku tepk..
kadang2 rasa amaze pon ade gak..
camane dia bleh paham word2 tuh..
muka cam clueless, tapi paham dia..
xcaya tengok la sume budak2 umur gi ni..
terer diorang..
kuasa Allah..
yang penting..Alhamdullillah diorang paham n dapat proses..
huhu..
ntah la..xpandai eden nak explain..
huahua..
Friday, June 19, 2009
Bodo,
Ape definisi bodo sebenarnye,
Adakah kalau berdiam tu..maka orang tu dianggap bodo,
Adakah maksud kalau tidak melawan tu bodo,
Adakah bila dipanggil bodo tu, maka bodo la dia,
kalau belagak bodo tu, bodo jugak ke?
ntah..
Kadang2 orang yang 'bodo' ni--> diam2 ubi berisi
tau2 ngan diorang yang bodo ni la nanti, mau xmau mintak tolong gak kala susah..
dok gitu??
huahua
Neway...
Yeah...WuteEVA!!!!!!
Kesimpulannya, xde ruginye belagak bodo..sobab u've the 'upper hand'
tengokla sape dapat lawan ko pon..huahua..
Thursday, June 18, 2009
1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.
2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.
3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.
4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kapda bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk mengajar.
5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.
6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.
7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.
8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun, tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.
10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort. Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.
12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tak ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.
13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati. Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street .
14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan . Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.
16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu terangkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.
17. Kalau anda sendiri tak berapa ingat, apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperi letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
18. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
19. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.
20. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap BM dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.
21. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.
22. Kalau anak anda sebuat tak betul, betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.
23. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
24. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni tak ada imej atau gambar. Senang je nak buat. Beli je kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.
25. Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda ‘berfikir’ bahasa Inggeris.
-sekali lagi dicopy secaran terang-terangan dari
http://www.eyenursery.com/pendidikan-kanak-kanak -
Setiap anak dilahirkan dengan watak atau peribadi yg berbeza. Ibu bapa mesti bijak membaca watak anak-anak, kerana pendidikan yang berkesan adalah pendidikan yang bersesuaian dengan watak sebenar anak-anak.Mengikut pakar motivasi, Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, terdapat sekurang-kurangnya 10 cara utk mengenal perwatakan anak-anak.
1. Nama
Nama menggambarkan doa atau harapan ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa mesti memahami makna bagi nama anak-anak kerana nama akan mempengaruhi tindak-tanduk dan peribadi anak-anak. Anak-anak yang bernama Afifah (berbudi bahasa) mungkin akan menjadi seorang lemah lembut berbanding yang bernama Naqibah (ketua) yang berwatak lebih tegas, ada prinsip (mungkin keras kepala, degil dsb). Anak yang bernama Ariffin mungkin seorang yang bijak manakala anak yang bernama Hanif seorg yang jujur dan bersih hatinya.
2. Perwatak Fizikal
Pakar-pakar psikologi menyatakan, bentuk badan anak-anak turut memberi gambaran perwatakan anak-anak, misalnya:
*Bertubuh kurus
Seorang yang agak gemuruh dan kelam-kabut tapi sangat kreatif. Seorang yang aktif dan pantas bergerak. Tapi agak penakut dan tidak boleh diharap sangat. Suka diberi penghargaan dan belaian oleh orang lain.
*Bertubuh sederhana
Suka tidur dan kuat makan. Kuat semangat, tapi slalunya tak fikir panjang sebelum bertindak. Sensitif, mudah marah, dan inginkan kesempurnaan. Memiliki daya ingatan yang kuat, suka memberi pandangan.
*Gemuk
Seorang yang tenang, penyayang, mudah bertolak-ansur dan teratur apabila buat kerja. Agak lambat berfikir, tapi ingatannya selalu tajam. Sabar dan jarang marah.
3. Tarikh lahir
Terdapat tiga jenis karaktor anak berdasarkan tarikh lahir.
Jenis A (lahir pada bulan 2, 4, 6, 8, 9, 11, 12)
Watak: Kelam-kabut, mudah tertekan, selalu nak cepat, kurang sabar, inginkan kesempurnaan, sentiasa nak cari kehebatan.
Jenis B (lahir pada bulan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12)
Watak: Tenang, mudah bertolak-ansur, mudah diajak berbincang.
Jenis C (lahir pada bulan 2, 3, 4, 7, 8, 9)
Watak: Emosi tinggi, mudah melenting dan mudah tersinggung.
4. Tulisan
Tulisan ditekan - Seorang yang cergas, pantas dan agresif.
Tekanan ringan - Seorang yang tidak begitu sihat dan mudah sakit.
Tulisan berbentuk bulat - Emosional, prihatin, penyayang, peka dan kreatif.
Tulisan tajam - Rasional, sistematik, pandai mengurus, banyak guna otak kiri.
Tulisan condong ke kanan - Ramah, penyayang, berani, pemurah.
Tulisan condong ke kiri - Suka menyimpan rahsia, pemalu, setia, kurang bercampur dengan orang.
Tulisan tegak - Sistematik, suka berkawan, suka cari jalan tengah.
Tulisan bercampur-aduk - Emosi tak tetap.
Tulisan jarang-jarang - Tak suka campur orang, kurang mesra, boros.
Tulisan rapat-rapat - suka bergaul, tapi amat bergantung dengan orang lain, sangat berjimat.
Ekor bagi huruf j, g, y dan z besar - Emosi ditunjukkan dengan jelas, penyayang, pandai tunjukkan kasih sayang, pemurah, rajin.
Ekor huruf j, g, y dan z kecil dan x lengkap - Tak pandai pamer emosi, kurang rajin.
Palang t tinggi - Aspirasi tinggi.
Palang t rendah - Mudah puas hati, tidak bercita-cita tinggi.
Palang t sederhana - Usaha dan tahap pencapaian yang sederhana.
5. Warna kegemaran.
Hijau - Mencitai alam sekitar, pemurah, mengambil berat, penyayang, berperikemanusiaan, kritis, banyak idea.
Hitam - Serius, buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh, tinggi iltizam.
Putih - Optimis, bersangka baik, sabar, suka kedamaian.
Merah jambu - Penyayang, bersungguh-sungguh, mempunyai keinginan yang tinggi.
Oren - suka kebebasan, kreatif, aktif, agak kelam-kabut, semangat tinggi, mempunyai ramai kawan.
Kuning - Ceria, tahan lasak, suka berkawan.
Biru muda - Sensitif, beretika, suka menolong, suka bekerjasama, sedia berkorban untuk orang lain.
Emas atau perak - suka pada kejayaan.
6. Urutan dalam keluarga.
Anak sulung - Cakap serupa bikin, cemerlang di rumah dan sekolah, jadi model kepada adik-adik, suka mengawal orang lain, pandai memujuk.
Anak tengah - Suka jadi pendamai, pemurah, mudah berkawan, bertolak-ansur.
Anak bongsu - Berani mengambil risiko, bertolak-ansur, kreatif, peramah.
Anak tunggal - Yakin, tak bergantung pada orang lain, teliti dan terperinci, bercita-cita tinggi, pengasih, pemurah dan suka bantu orang lain.
sumber: majalah i bulan Dis 2005 (keluaran karangkraf)
http://www.tokeikedai.net.my
sebagai tontonan umum-
Labels: info anak
Wednesday, June 17, 2009
Yup....moto idup aku..
AKU NAK IDUP DENGAN SELAMBER...
so masalah2 rumah tangga ni..
aku xdapat nak tolong..
jadi pendengar setia dapat la..
sendiri punyer rumah dan tangga sendiri kene workout..
kalau tepaksa melenting...melenting la..
xpayah mengikut telunjuk..
idup kadang2 tue, kite memang mampu nak buat sesuatu..
kadang2 pulak..xberapa sangat..
biarla ala kadar..
Islam pon suruh camtu maa..
memang kadang2 kite rasa terikat..tapi kalau dah xdapat..katekan xdapat..
jangan bagi hope kalau rasa xdapat..
"Say No To No"
kenapa mesti belagak bagai orang kaya..parah nanti..
ikut kemampuan diri..
tapi yang pasti..jangan kacau aku..sebab aku xkacau kamu
aku dan hidupku sendiri....
$&^%%&^$R^$^&&*%
peh (bahasa Jerman)
xpaham gak, nasibla
BTW, jangan babitkan aku dan sesiapa dalam idup aku...benar..
sebab kami xambil hak kamu..
ingat tuh..
Susah keje ngan orang2 tua yang dah nyanyuk2 sebelum umur nih..
dulu kite cakap, macam2 bantahnye..
cam pandai je lagak..
oOo..xleh cara camtu..kene buat cara camni..
dah name veteren kan..macam banyak pengalaman la konon nye tuh
bile ade masalah..plan sebenar x berapa nak menjadi..
pandai plak pakai gear reverse..
gune balik idea aku..jadikan macam idea sendiri..
bodo bangang..
malas nak layan..
lantak korangla..
xlame lagi je korang nak pencen..
bagi can la cipta nama sat..
sian..
kang pencen, pencen katak plak nanti sekor2..
huahua..
nyanyok memasing..bongong..
cakap pakai kepala lutut..
tu pasal..
nasib aku ade moto baru..idup biar selamber..huahuahuah
Tuesday, June 16, 2009
Monday, June 15, 2009
Moto idup aku..
aku nak moto RXZ..
wah..
betul sangat ke yang aku sebut nih..
aku bukan pandai pon..
nek moto pon aku xpandai..huh..
aku lompat terus..
dari basikal pegi kete..
advance student maa..
poyo je..
ekekeke..
amende la..moto yang aku maksud kat cni nih..azam..aka..ajam..heheh..
orang sebelum masuk taun baru buat azam..
aku dah setengah tahun dah baru nak ade azam....
aku banyak azam...
tapi yang ni azam idup yang mesti ada, so that kepala otak aku xserabut..
aku nak idup dengan selamber..
xnak kesah kiri..
xnak kesah kanan..
xnak kesah depan..
xnak kesah belakang..
sebab kalo aku kesah pon..orang bukan nak amik kesah balik..
so susah2 nak mengesahkan orang len smpi jadi kesah idup sendiri buat ape esah oiii..
serabut pala otak ko je..
yang aku tau, aku nak buat bodo..
tapi pape pon..sebodoh2 aku..
ade lagi kot yang lagi bodoh..
aku dah xmen dah pujuk rayu nih..
orang kalo dah kate xnak tu makne xnak la..
part mane yang xbrape nak paham tuh..
n kalo xpaham..nape xjelaskan betul2..
nape mesti tutup2..sorok2..bagi hope lagi sume..
adeh..
sesungguhnye buat sakit saraf tunjang aku je..
tapi pada aku la..kite kalo nak bagi kate putus..biarla putus bebenor..
jangan kate putus, tetibe ade lak benang dok pintal lagi kat ctu..
orang tu jadi xpaham la nanti..
jadi serabot pala otak aku..
tapi macam aku kate..
ade aku kesah..
Cerita Esah yang mengesahkan keluh kesah seorang yang dah malas nak ambik kesah..
Idup biar selamber..
ape orang nak kate..ape orang nak buat..
kite buat bodo..
biar orang kate...
'ei..bodonye dia..' n kemudian diorang gelak macam nih...wahhhhuahuahuahua..dan huahuahuahua lagi..
tapi end up pulak..end of the day..diorang jadi camni..
"they who laugh last are generally the last to get the joke..."
Got it??!!
Wednesday, June 10, 2009
tau2 dah ampir 48 jam dah..
idea xgak datang2...
ekekeke..
nescafe xyah cakap la..
dah betin dah aku teguk..
ketagih lak dah aku nih...abish..abish..hehe
neway..ngarut je lah..
nak?
xnak udah..
aku ngarut sengsorang..
hehe (lagi)
smlm tengok jom heboh ulangan kul 6 pm camtuh..
nampak lah si zamani slam tuh..
adeh..
jeles makcik oi..
rambut tuh..rambut tuh yang aku jeles gegile tuh..
lurus sangat..
gune jari pon boleh..
ekeke..
meh cni..nak gune gunting je..
ish..xsuke..huh
nak ambut camtu gak..huhu
k..cukup sampai ctu je..
ekekeke..
nanti sambung
tunggu kirana bagitau rahsia dia nih..huhu
Monday, June 08, 2009
ari nih nak cite ape ar?
masa ari minggu arituh, cam2 nak cite..
tapi malas nak on9..
bile dah on9..ilang sume idea..
ngok2 tul
dah la ari nih blum dapat dose nescafe lagi..
xgerak otak aku..
huhu..
nape ntah..
aku po e kedai salu beli tuh..
diorang kate xde stok..
huh..kebulur la aku..
wakakaka..
ntah la..blom ade idea nih..
tunggu la 2,3 jam lagi kot datang ilham2..
ekekeke
Thursday, June 04, 2009
Aku xsuke
xsuke dengar lagu Mila..Lagu Gila
Cam lagu bebudak..
xde klas..
X suke..xsuke
Aku xsuke
xsuke kalo ade kete kuar simpang..
Xpandai nak laju..
maka aku pulak kene slow n tepaksa membontoti bontot kete dia..
Tau nak slow..kuarla pas aku dah lalu..
X suke..xsuke
Aku xsuke
xsuke kalo dah nampak mende aku buat..
lagi nak tanya soklan bodo..
nampak aku kat kedai kasut..
lagi tanya buat ape kat sini..
basuh baju kot..
xsuke..xsuke
Aku xsuke
xsuke kalo cite dia patutnya B
tapi di olah cantik2 jadi C
Tapi kalo aku dapat tau cite sebonar B ni..
akan jadi cite Z la nanti..
xsuke xsuke
Lagi ape aku x suke lagi
Aku xsuke
xsuke manusia yang sebok2 nak cari kelemahan orang len
xsodar kelemahan sendiri tepampang depan mata..
orang camni kene bagi realiti check skit..
baru sodar
huh..
xsuke xsuke
Aku xsuke..
xsuke orang yg suke cakap belakang2 nih..
aku ade kaco idup ko ke nak becakap pasal aku/orang len lak..
cebok sgt..
nak cakap, cakap la ngan aku
Face to Face..
xplak berani..
cakap belakang2..
aku siku kang..
btw, nak cakap belakang2 pasal orang len...
cakap sorang2..jangan ajak aku skali..
buat dosa sorang2la..jagan ajak orang len skali..
dol..
xsuke..xsuke
Maka..
bila aku xsuke..
aku suke dengar lagu aku suke..
lagi aku suke..
kalo aku xsuke..
aku boleh nak lempang je orang yang aku xsuke tu sesuke ati..
tapi tula..
xdapat..kang kene saman..
maka aku sembur dalam blog aku je la..
nah amik pelempang aku sebijik
Sakit tak..
Memang la xsakit..
sebab aku xbuat betul2..
aku budak bek..
ko yang jahat..
muahahahahaha
Wednesday, June 03, 2009
walau pon aku suke bermain..
Aku mungkin nampak diam..
Tapi aku bukan akan berdiam..
walau pon kadang2, berdiam lagi baik..
Aku xsuke cipta alasan..
walau pon kadang2 alasan tu nampak munasabah
tapi kalau terbongkar cite sebenar..
kan ke malu diri jer..
Yap..aku mungkin nampak cam blonde haired gurl..
but i'm not clueless..
i know very well..
hahaha..

yap..yap..yap
akakakakaka
just wait..
the day will come
SOON
Sume orang lagi dalam mood cuti2 m'sia kat cni..
blom turun keje lagi memasing..
maka secara semulajadinya..
aku sendiri pon xde keje gak gamaknye..(atau belagak macam xde keje gak..wahuahuahua)
huhu..
so tengah2 dok2 buang masa belek2 tenet jap..
masuk la satu kol dari KL..
aku kalo tengok no pelik2 nih..ade was2 ckit nak angkat tepon..
kalo iklan hotlink tu..
tang yang 'ada cakap banyak, ada cakap ckit tu'..
aku jenis yang, kalo boleh..xnak becakap langsung...wakakaka..
orang kalo tepon aku..make surela ade mende penting2 je nak cakap..
kalo takat ngomong2 kosong je, aku jenis malas nak menjawab..
kira makhluk tu cakap ngan tepon aku je..
ngan family je mulut aku rajin nak becakap..
orang len, spesies yang aku xbrape nak kenal o xpandai nak kenal kan diri...
aku bo layan..
Wah...kojam nye aku..(taklah..aku bek budaknya...wakakakaka)
neway, aku takut gak adik pompuan aku yang koling2 pakai publik tepon..
(pelik aku...tepon canggih manggih..tapi kedit tarak..wahahaha)
makanya aku pon angkat la..
dan mimpi ngeri aku menjadi kenyataan...
diorang sarikat insuran tepon aku nak jual skim ape tah..
dia cakap ngan tepon aku..
aku xlayan..
conversationnye labih kurang lebih...camnila..
aku: Yep..(ketot dan konpiden jawapan aku..wahwahwah)
Spesies xkenal: Yes Mam. This package works this way..bla..bla..bla..bla..bla..bla..bla..dan bla..bla..bla..bla lagi..dan lagi dan lagi...
(aku rasa ade la kurang lebih dia becakap 3-4 minit non stop..sampai aku rasa nak cair dah tinga aku dongar..kalo tepon aku xkalis air..dah banjir dah ngan air liur dia...tapi aku bek..aku biar lagi dia bercakap..sambil tangan men2 ngan keybod aku..dalam pala otak dah fokus dah jawapan nak bagitau..xperlu talian hayat..)
spesies xkenal: So Mam, wut do u think..r u intrested?
(wah..kembali jap aku ke alam nyata)
aku: (sebab aku rasa aku banyak masa arinih maka..) how much do i have to pay for this..(cewah..cam interested la kekonon..yela..sian dia cakap lama tadi kan..maka, aku bagi dia peluang cakap lagi..
Spesies xkenal : Oh u only have to pay RM ...../ year...dan bla..bla..bla..bla lagi..
(panjang plak jawapan dia..soklan aku tadi kemetot je..cam nyesal lak aku bagi dia becakap tadi..nasib dia yang bayar bil..bukan aku..wahwahwah lagi..)
Spesies xkenal : so mam, ne other questions..?
aku : No No..thank u..but i think i pass la..(sukati aku je jawab..paham xpaham nasib ko la)..i'm not interested la..(sambung aku lagi la..huhu)
Spesies xkenal: r u sure mam.. special promotion 4 u..
(ait...tadi xde cakap pape pon pasal promotion ke ape ke..poyo tol mamat nih..aku cakap xminat terus ade promotion lak..
aku : yap..i'm sure..thank u anyway..
spesies xkenal: u'r welcome mam..just in case u might be intrested..our staff will be koling u again soon...bla..bla..bla..
(ntah...xdongar dah aku ape dia cakap..yang aku dengar staf dia nak kol lagi..terus aku potong..)
Aku : it's ok..no need to kol..i'm not intrested..just leave ur no..if i change my mind..i'll give u a kol..(wah...laju je mulut aku..)
spesies xkenal: Ok mam..our no...bla..bla..bla..
(aku bukan tulis pon..yap yap yap je mulut aku..tangan buat keje lain..wahwahwah..dapat je no, trus aku cakap aku ade meeting..kononnya..macam dia cakap ade promotion kononnya..akakaka..dan meletakkan tepon aku)
ekeke..gitula gamaknya cite nye..sian gak ngan dia kan...cakap sampai bebuih air liur aku dismiss cam tu je..nak buat camne..budget xcukup..wakakaka
xpe la..tu keje dia..kene dismiss ni part of keje dia..tepaksa la tima suke ke xsuke ke.. yang pasti..
aku xsuke..harharhar
p/s: tapi sore dia cam orang yang buat voice over iklan la..cume aku xdapat nak koling2 sape dia..tapi cam ponah dengar je..nobita kot...wakakakakakakakakakakaTuesday, June 02, 2009
Wah..
Semalam aku mimpi..
Aku ni real life.. bek oohhh...(ekeke..bek ke mak cik oi?? sukati akula)
Orang marah..aku sabar gak..
Orang kutuk..kalau aku xnampak..dia memang selamat..
Tapi kalau aku nampak n dengar dongan tinga aku yang comei nih..siap ko..Lidah aku ni bleh tahan gak tajam dia..
cam Podang..
meh la try test kalo nak..
tapi so far...aku rasa blum lagi aku marah orang gegiler..
Aku suke simpan2 rasa..
kalau rasa tu bleh ditunjuk dan dok dalam ati..dah gendut dah perut aku nih sebab banyak sangat simpan..
tapi tu la aku kot kot..
Wah...
tapi semalam aku mimpi..aku pi marah ngan ade sorang orang ni..
sape dia aku xkenal pon..
tapi memang salah dia..
xyah cite la nape..
tapi pasal kete la..
dia yang bangang..
yang pasti aku marah dia semarah2nye..
sampai bangun pon aku lagi ade rasa marah tuh..
dah udah mandi baru dapat buang rasa marah tuh..
Aku pon xpaham nape aku marah..
Satu cara nak ilangkan rasa gendut ati aku tadi kot..
hak..hak
Tak paham cite aku ke?
xpaham xpe..aku paham..ekekeke..
Orang kate..
"Life is like a box of chocolates...You never know what you're gonna get..."
Forrest Gump in Forrest Gump... yang kate
- Aku sampai skang xbrape nak paham ape je maksud words nih..aku beli coklat aku tau dah coklat ape dalam tuh..dah ade kat label dia dah..aku suke roast almond btw..
neway,nape dia kate 'u Never know wut u gonna get'...
So I Say.. "Bulls**t"-
Others say..
Life is simple, its just not easy. ~Author Unknown
-Get This??!! yeah-
Lagi orang ngomong-ngomong..
I hope life isn't a big joke, because I don't get it. ~Jack Handey
-This One..I Like-
But Most of all..
Never tell your life problems to anyone...20% don't care and the other 80% are glad you have them.
- Lou Holtz
-Ho..Ho..So So True-
Hak..Hakk
Monday, June 01, 2009
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?
Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu
























